Friday, June 6, 2008

Sipitang?

Bila disebut mengenai sipitang, berapa ramai agaknya yang taw dimana terletaknya bumi permai ini. Tak ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang tahu akan kewujudan tempat yang indah ini, rakyat Malaysia di sebelah malaysia timur pun hanya segelintir yang tahu mengenainya.

Sipitang...

Sipitang sebuah pekan yang terletak 3 jam daripada bandar kota kinabalu, sabah. Perjalanan menuju ke arah selatan kepuluan Borneo di timur Malaysia. Sipitang, pekan yang strategik berhampiran dengan negeri sarawak dan Brunei Darussalam.

Apa yang menarik mengenai sipitang?

Sipitang adalah pekan yang menghubungkan sarawak dan brunei melalui jalan darat, pekan ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 8000 orang. Keunikan dearah sipitang ini ianya mempunyai pelbagai penduduk yang berbilang bangsa duduk secara aman damai dalam ukhwah perpaduan. Suku kaum yang terdapat di sipitang ialah seperti, kadayan, murut, bisaya dan brunei. Suku2 kaum ini mempunyai pelbagai etnik dan identiti kaumnya yang tersendiri yang mampu menjadi tarikan dan tumpuan pelancong antarabangsa. Pekan dearah sipitang terletak berhampiran dengan pulau labuan iaitu pulau bebas cukai dan juga wilayah persekutuan.

Daerah sipitang terkenal sebagai pengeluar buah2han yang enak dan lazat seperti buah durian, rambutan, manggis, langsat, tarap(kononya hanya terdapat di kepulauan borneo), kembayau, rambai dan macam2 lagi. Jika para pelancong datang tepat pada masa musim buah2han maka para pelancong dapat menikmati buah2han ini pada harga yang sangat berpatutan.

Penduduk dearah sipitang mempunyai latar belakang agama seperti islam, kristian dan juga yang tidak mempunyai agama. Namun disebabkan oleh perpaduan yang sangat erat diantara penduduknya, maka budaya kunjung mengunjungi semasa perayaan dapat dirayakan dengan meriahnya.

- Selamat datang ke sipitang -

1 comment:

Theclea said...

Salam Sejahtera buat saudara,

pada pendapat saya, orang sabah khususnya patut kenal lokasi geografi daerah Sipitang kerana ia adalah daerah yang terakhir sebelum menyeberangi sempadan negeri Sarawak. tapi sedihnya, masih ada banyak orang sabah yang tidak tahu kedudukan lokasi Sipitang. Namun begitu, siapa boleh menyalahkan mereka... apa juga yang ada di Sipitang selain tarikan musin buah-buahan?

Sebagai seorang yang berasal dari Sipitang, saya tahu apa keistimewaan daerah saya. tapi bagi orang yang berasal dari daerah lain pasti tidak tahu.

Apa yang telah wakil rakyat kita lakukan untuk menaikkan nilai daerah sipitang? Setahu saya, tidak banyak yang telah dilakukan kerana proses perubahan amat lambat...

tetapi, mungkin ada juga baiknya pembangunan di daerah sipitang berlaku secara perlahan. Ini kerana saya suka apabila saya balik halaman kampung saya...semuanya masih seperti yang dulu...