Bila terkenangkan bangsa sendiri dan juga kampung halaman berada jauh di bumi permai sabah hati terasa sedih melihat kemajuan yang dicapai masih berada kebelakang dengan arus kemajuan Malaysia. Dengar riuh sorakan Malaysia merdeka 50 tahun seperti tidak membawa apa2 erti bagi masyarakat yang berada di daerah sipitang. Sipitang seperti diabaikan oleh kerajaan sabah tidak mempunyai apa2 kemajuan, projek2 yang besar bagi menjamin ekonomi di sana.
Wakil rakyat yang amat diharap2kan untuk menyuarakan permasalahan rakyat yang kian merintih demi erti sebuah kehidupan namun lenyap begitu sahaja. Bilakah kemajuan akan tercapai bagi daerah sipitang ini? bekalan air yang kadang kala ada, dan air yang tidak bersih tidak mampu untuk digunakan bagi kegunaan harian. Tenaga eletrik yang lemah dan ada tempat yang tidak mempunyai sebarang bekalan pun dibiarkan begitu sahaja. Pengangkutan awam di sipitang hanya bergantung kepada kenderaan persendirian yang membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tambang yang kian meningkat dari hari ke hari berikutan kenaikan harga bahan api.
Kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan bagi masyarakat di sipitang ini yang kian merosot taraf kehidupan mereka, anak2 muda meninggalkan kampung halaman menuju ke kota bagi mencari rezeki. Golongan tua di kampung dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang bantuan dari mana2 pihak, dengan harga barangan yang kian meningkat saban hari adalah kejam bagi kerajaan untuk menarik subsidi minyak bagi penduduk sabah yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan.
Penduduk sabah perlu diberikan subsidi minyak yang lama untuk jangka masa 2-3 tahun kehadapan lagi bagi menyamakan taraf hidup di semenanjung. Ini disebabkan oleh sabah adalah pengeluar minyak di Malaysia, seharusnya harga minyak lebih rendah di negeri sabah. Dan royalti minyak perlu dinaikkan ke 20% dan bukan selamanya berada di 5%.
- Kedayan bangsaku -
Pembentukan Bangsa Malaysia?
16 years ago