Sunday, June 8, 2008

Kedayan...

Bila terkenangkan bangsa sendiri dan juga kampung halaman berada jauh di bumi permai sabah hati terasa sedih melihat kemajuan yang dicapai masih berada kebelakang dengan arus kemajuan Malaysia. Dengar riuh sorakan Malaysia merdeka 50 tahun seperti tidak membawa apa2 erti bagi masyarakat yang berada di daerah sipitang. Sipitang seperti diabaikan oleh kerajaan sabah tidak mempunyai apa2 kemajuan, projek2 yang besar bagi menjamin ekonomi di sana.

Wakil rakyat yang amat diharap2kan untuk menyuarakan permasalahan rakyat yang kian merintih demi erti sebuah kehidupan namun lenyap begitu sahaja. Bilakah kemajuan akan tercapai bagi daerah sipitang ini? bekalan air yang kadang kala ada, dan air yang tidak bersih tidak mampu untuk digunakan bagi kegunaan harian. Tenaga eletrik yang lemah dan ada tempat yang tidak mempunyai sebarang bekalan pun dibiarkan begitu sahaja. Pengangkutan awam di sipitang hanya bergantung kepada kenderaan persendirian yang membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tambang yang kian meningkat dari hari ke hari berikutan kenaikan harga bahan api.

Kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan bagi masyarakat di sipitang ini yang kian merosot taraf kehidupan mereka, anak2 muda meninggalkan kampung halaman menuju ke kota bagi mencari rezeki. Golongan tua di kampung dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang bantuan dari mana2 pihak, dengan harga barangan yang kian meningkat saban hari adalah kejam bagi kerajaan untuk menarik subsidi minyak bagi penduduk sabah yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan.

Penduduk sabah perlu diberikan subsidi minyak yang lama untuk jangka masa 2-3 tahun kehadapan lagi bagi menyamakan taraf hidup di semenanjung. Ini disebabkan oleh sabah adalah pengeluar minyak di Malaysia, seharusnya harga minyak lebih rendah di negeri sabah. Dan royalti minyak perlu dinaikkan ke 20% dan bukan selamanya berada di 5%.

- Kedayan bangsaku -

Friday, June 6, 2008

Sipitang?

Bila disebut mengenai sipitang, berapa ramai agaknya yang taw dimana terletaknya bumi permai ini. Tak ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang tahu akan kewujudan tempat yang indah ini, rakyat Malaysia di sebelah malaysia timur pun hanya segelintir yang tahu mengenainya.

Sipitang...

Sipitang sebuah pekan yang terletak 3 jam daripada bandar kota kinabalu, sabah. Perjalanan menuju ke arah selatan kepuluan Borneo di timur Malaysia. Sipitang, pekan yang strategik berhampiran dengan negeri sarawak dan Brunei Darussalam.

Apa yang menarik mengenai sipitang?

Sipitang adalah pekan yang menghubungkan sarawak dan brunei melalui jalan darat, pekan ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 8000 orang. Keunikan dearah sipitang ini ianya mempunyai pelbagai penduduk yang berbilang bangsa duduk secara aman damai dalam ukhwah perpaduan. Suku kaum yang terdapat di sipitang ialah seperti, kadayan, murut, bisaya dan brunei. Suku2 kaum ini mempunyai pelbagai etnik dan identiti kaumnya yang tersendiri yang mampu menjadi tarikan dan tumpuan pelancong antarabangsa. Pekan dearah sipitang terletak berhampiran dengan pulau labuan iaitu pulau bebas cukai dan juga wilayah persekutuan.

Daerah sipitang terkenal sebagai pengeluar buah2han yang enak dan lazat seperti buah durian, rambutan, manggis, langsat, tarap(kononya hanya terdapat di kepulauan borneo), kembayau, rambai dan macam2 lagi. Jika para pelancong datang tepat pada masa musim buah2han maka para pelancong dapat menikmati buah2han ini pada harga yang sangat berpatutan.

Penduduk dearah sipitang mempunyai latar belakang agama seperti islam, kristian dan juga yang tidak mempunyai agama. Namun disebabkan oleh perpaduan yang sangat erat diantara penduduknya, maka budaya kunjung mengunjungi semasa perayaan dapat dirayakan dengan meriahnya.

- Selamat datang ke sipitang -