Sunday, June 8, 2008

Kedayan...

Bila terkenangkan bangsa sendiri dan juga kampung halaman berada jauh di bumi permai sabah hati terasa sedih melihat kemajuan yang dicapai masih berada kebelakang dengan arus kemajuan Malaysia. Dengar riuh sorakan Malaysia merdeka 50 tahun seperti tidak membawa apa2 erti bagi masyarakat yang berada di daerah sipitang. Sipitang seperti diabaikan oleh kerajaan sabah tidak mempunyai apa2 kemajuan, projek2 yang besar bagi menjamin ekonomi di sana.

Wakil rakyat yang amat diharap2kan untuk menyuarakan permasalahan rakyat yang kian merintih demi erti sebuah kehidupan namun lenyap begitu sahaja. Bilakah kemajuan akan tercapai bagi daerah sipitang ini? bekalan air yang kadang kala ada, dan air yang tidak bersih tidak mampu untuk digunakan bagi kegunaan harian. Tenaga eletrik yang lemah dan ada tempat yang tidak mempunyai sebarang bekalan pun dibiarkan begitu sahaja. Pengangkutan awam di sipitang hanya bergantung kepada kenderaan persendirian yang membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tambang yang kian meningkat dari hari ke hari berikutan kenaikan harga bahan api.

Kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan bagi masyarakat di sipitang ini yang kian merosot taraf kehidupan mereka, anak2 muda meninggalkan kampung halaman menuju ke kota bagi mencari rezeki. Golongan tua di kampung dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang bantuan dari mana2 pihak, dengan harga barangan yang kian meningkat saban hari adalah kejam bagi kerajaan untuk menarik subsidi minyak bagi penduduk sabah yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan.

Penduduk sabah perlu diberikan subsidi minyak yang lama untuk jangka masa 2-3 tahun kehadapan lagi bagi menyamakan taraf hidup di semenanjung. Ini disebabkan oleh sabah adalah pengeluar minyak di Malaysia, seharusnya harga minyak lebih rendah di negeri sabah. Dan royalti minyak perlu dinaikkan ke 20% dan bukan selamanya berada di 5%.

- Kedayan bangsaku -

2 comments:

A.S. Kasah said...

Tahniah atas kelahiran blog ini. Sudah ku link blog mu ani aah blog ku.

Tuan Cobra said...

Syabas dan Tahniah Lai kerana ko mbuat Blogspot mu sandiee. Pcik ni nda tahu jua ko daiee mana asal mu dan Kampong mu dan Anak siapa?
Tapi mun Pcik mbaca Mukadimah mu yg pertama ni Pcik rasa bersyukur jua mbaca. Mudah2an jua ko seorang Anak muda "New Generation" yg boleh dan baminat banaanya didalam alam Politik.Syukoo tah jua ada anak muda yang Bapangatahuan dan bajiwa Politik atu tah yang di
haap2kan oleh Patuhaan dan Generasi mu jua.Cuba kau Fikie Usai2 dan lihat baik2 kehadapan...Apa Pendangan mu dengan Pengaluaan IC @ MAY KAD MALAYSIA untuk Rakyat Philippines,Indonesia dan Pakistan? Apakah kita "WAJIB" Bangga atau Senang hati dengan Fenomena ani? Hanya Kerajaan Pusat sahaja yang boleh Mengeluarkan dan Memberikan "MAY KAD MALAYSIA" ani jamu. Bagi Pembangunan di Supitang ani kulihat lihat payah mau Cakap, Mungkin YB Datuk Sapawi tu Paindungan mu mangkali...Semanjak ia jadi ADUN
@ Ahil Dewan Undangan Negeri 3 Panggal (1 Panggal 5 tahun) di Kawasan N.38 Sindumin yang dahulunya Sipitang tu apa yang ia boleh buat? Ani melangkah lagi ya jadi MP P.178 Sipitang Apa yang dapat dibanggakannya menjadi Sejarah ya jadi ADUN dan MP yang "TERLAMA" @ "TERBATAH" di Daerah Sipitang ni...Apa kamu kanak2 yang bahau Lahiee 20 Tahun dahulu lihat apa Pembangunan dari Segi Ekonomi yang dapat dibawanya ke Daerah kita?.....Apakah Komen kamu kanak2 bahaau lahiee kalamaie?

Terima Kasih